[Important] ShopBack Customer Notice | Notis Pelanggan - EMEL

Latest

Friday, September 25, 2020

[Important] ShopBack Customer Notice | Notis Pelanggan

SHOPBACK
     
   
     
    Dear ShopBack Customer,

We know the trust you place in us to safeguard your personal information. A few days ago, we became aware of an incident involving unauthorised access to our systems which contained our customers' personal data. We are currently confirming which data has been compromised.

As soon as we became aware of the issue, the unauthorised access was removed. We immediately initiated an investigation and engaged leading cyber security specialists to assess the extent of the incident and to further enhance our security measures. We are also collaborating with relevant authorities.

To date, we have no reason to believe that any of your personal data has been misused, however the possibility still exists. What we can assure you of is that your cashback is safe, we do not collect credit card details, and your ShopBack account password is protected by encryption.

You may continue to access your ShopBack account and use our services as business operations have not been affected by the incident.

We understand that this incident might raise some questions for you, and in this regard, we have established a dedicated email address, care@shopback.my, if you would like to contact us. Please also refer to the customer FAQ on our website which has further details.

While your ShopBack account password is encrypted, you may wish to change it as an added precautionary measure. We also suggest that you do not use the same password on other digital platforms.

We recognise that this is unsettling news and we are deeply sorry for any inconvenience this might cause you. The security and privacy of our customers is of utmost importance to us, and we commit to taking all the steps we can to minimize the risk of a similar incident occurring again in the future.

Thank you
Team ShopBack

Customer FAQs
https://support.shopback.my/hc/en-us/articles/360055930233-Customer-Notice-FAQs

Reset Password
https://www.shopback.my/forgot
   
     
     
   
     
    Kepada pelanggan ShopBack yang dikasihi,

Sesungguhnya kami amat menitikberatkan amanah yang anda berikan kepada kami untuk melindungi maklumat peribadi anda. Beberapa hari lepas, kami telah mengenal pasti satu kejadian akses tidak sah dalam sistem kami yang mengandungi maklumat peribadi pelanggan. Kami sedang mengesahkan data mana yang mungkin terjejas.

Sebaik sahaja kami menyedari isu ini, akses tidak sah tersebut telah disekat. Kami telah memulakan siasatan dengan segera dan melantik pakar keselamatan siber terkemuka untuk menilai insiden ini dan mengetatkan lagi langkah-langkah keselamatan kami. Malah, kami juga sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan.

Setakat ini, kami belum menemui apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa maklumat peribadi anda telah disalahgunakan. Namun begitu kemungkinan penyalahgunaan masih wujud. Kami memberi keyakinan bahawa "cashback" (pulangan tunai) anda selamat, dan ingin menekankan bahawa kami tidak menyimpan maklumat kad kredit dan kata laluan akaun ShopBack anda dilindungi menerusi enkripsi.

Anda boleh terus mengakses akaun ShopBack anda dan menggunakan perkhidmatan kami seperti biasa kerana operasi urusan kami tidak terjejas oleh insiden ini.

Kami memahami insiden ini mungkin menimbulkan kemusykilan anda, dan jika anda ingin mengemukakan sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui e-mel khas yang telah kami sediakan di care@shopback.my. Anda juga boleh merujuk kepada soalan lazim pelanggan di laman web kami untuk maklumat lanjut.

Walaupun kata laluan anda dilindungi menerusi enkripsi, anda mungkin mahu menukar kata laluan anda sebagai langkah pencegahan tambahan. Kami mencadangkan agar anda tidak menggunakan kata laluan yang sama di platform digital lain.

Kami sedar bahawa berita ini mungkin menimbulkan kebimbangan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Keselamatan dan privasi pelanggan amat penting bagi kami dan kami bertekad untuk mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan risiko berlakunya kejadian yang serupa pada masa hadapan.

Sekian. Terima kasih

Yang benar,
Pasukan ShopBack

FAQ pelanggan
https://support.shopback.my/hc/en-us/articles/360055930233-Customer-Notice-FAQs

Tukar kata laluan
https://www.shopback.my/forgot
   
     

This email was sent to mamatturbo86.emelawak@blogger.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.